Assalamualaikum semua!
Jangan risau. Cikwa tahu korang ni tengah risau kan fikir? Macam mana nak cakap dekat dia ni aku tak suka dia. Aku cakap kang kecil hati. Tak cakap kang, macam bagi harapan pulak. Berdasarkan pembacaan Cikwa dan pengalaman Cikwa kan. Ikuti beberapa tips yang Cikwa sediakan untuk korang. Pertama, ikut highway = terus-terang. Kedua, ikut jalan lama = secara berlapik.
*Hanya pendapat peribadi penulis sahaja*
Terus-terang:
1. "Saya tak suka awak" / "aku tak suka kau"
Cara ni paling cool lah. Siapa hati kental, boleh cakap macam ni terus. Senang habis cerita daripada dia berharap. Nanti kita juga yang rimas kan. Hantar sms, whatsapp atau pm di Facebook. Kalau hengkau nak tulis surat pun boleh. HAHAHA!
2. Dah berpunya
Engkau cakap aje le engkau dah berpunya. Dah ada boyfriend atau dah tunang. Tak payah cover-cover dah. Jangan simpati. Nanti dia lagilah berharap. Engkau rasa kejam?? Engkau bagi dia harapan lagi lah kejam tau.
3. Belum bersedia
Ini betul. Memang ada perempuan/ wanita yang belum bersedia nak berumah tangga. Maklumlah, banyak tanggungjawab dik, abang, acik, uncle oi. Kena masak, jaga makan minum suami. Lagi satu, tak bersedia sebab sibuk bekerja. Hal lain, tak lain tak bukan awak fobia kan? Ala Cikwa tau lah. Cikwa pun pernah lah. Jadi, tak perlu pening-pening da. Direct aje bagitau ok.
Berlapik:
1. "Awak terlalu baik untuk saya"
Ala engkau rasa ni cliche kan? Alahai, ayat ni masih relevant lah di abad ke-21 ni tau! Standard orang pakai. Tapi kadang-kadang ada betulnya juga. Cuba kalau yang suka engkau tu baik lurus bendul sangat. Mesti engkau tak minat kan. Kita ni mostly nak yang gagah perkasa. HEHE CIKWA GURAU GURI JE. Tapi ni cara berlapik yang paling baik lah. Sebab ada orang susah nak terima kena reject. Lagi2 lelaki, diorang akan rasa LOSER. So, pandailah korang.
2. Masih menunggu seseorang
HAAA.. Ni kira perfect jugak. Bila awak- awak Si cantik cakap macam ni, sah-sah Si jejaka tahu yang korang suka orang lain. Walaupun tak semestinya betul tapi ok juga macam ni. Tak pedih sgt. Sebab kalau korang cakap "saya suka orang lain", lagi lah sakitnya tuh di sini Si jejaka tu!
3. Suka hidup sendiri
Cikwa tahu yang ni pun boleh masuk dalam kategori terus-terang tapi bagi yang tak tahu nak guna ayat apa untuk tolak cinta lelaki, korang boleh guna cara ini. Sebenarnya hidup sendiri memang lebih seronok. Takde rasa curiga, sakit hati atau terlebih perhatian kan? So, lepas korang bagitau yang ini, harapnya Si jejaka hormat pendirian korang ye.
Harap sedikit sebanyak dapat membantu gadis-gadis ye :)
Semoga korang bertemu cinta sejati okay :)
adiosamigos!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan