Jumaat, 8 April 2016

Petua hilangkan jerawat dan naikkan seri muka bakal pengantin

Assalamualaikum semua!

Untuk bakal pengantin di luar sana!Cikwa nak share petua yang Cikwa baru juga amalkan dalam sebulan.

Cikwa plan nak hilangkan jerawat. Cikwa ada jerawat di pipi tau. Dalam masa sama, nak juga muka glowy sebab nak kahwin tak lama lagi.  *MALU*

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa yang kita perlukan adalah KUNYIT DAN  YOUGURT ASLI.

1 Sudu kecil kunyit hidup atau serbuk
1 Sudu kecil yogurt asli
Campurkan sahaja kedua-duanya.
Kacau guna sudu boleh, guna jari pun boleh *Iklan Rejoice*
Sapukan di seluruh muka (guna jari atau berus muka)
Biarkan selama 30 minit atau 1 jam.
Selepas itu, cuci dengan pencuci muka

Amalkan 1 kali seminggu./Amalkan 2,3 kali seminggu (Kulit berjerawat)

p/s: Cara Cikwa, cuci ala kadar je sebab nak bagi khasiat kunyit dan yogurt meresap ke muka kita 
semasa tidur. Jadi, esok pagi pun boleh cuci muka bersih-bersih. Cikwa jamin muka tak kuning pun.
Selepas itu korang akan perasan muka korang glowy je, bersinar-sinar. Kulit muka korang tak kusam pun.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KHASIAT-KHASIATNYA

1) KUNYIT (turmeric)



Kunyit mengandungi bahan antiseptik yang bagus untuk mengubati jerawat. Kiranya, kunyit ini 
antibakteria tau! Lagi satu, kaum India amalkan petua ini kerana mereka percaya ianya dapat 
menaikkan seri wajah bakal pengantin. Dah terbukti pun sebenarnya. Warna kuning semulajadinya kunyit tu. Boleh menggunakan kunyit hidup (tumbuk atau blend kan) ataupun pakai kunyit  serbuk. Tapi Cikwa lebih suka guna kunyit hidup  sebab lebih original  dan terjamin tiada bahan kimia
Lagipun, muka Cikwa ni sensitif tau! 


2) YOGURT ASLI (original yogurt)



Kandungan yogurt itu sendiri sebenarnya mampu memberikan kelembapan kepada wajah tau.
Yogurt pun boleh mencerahkan wajah. Sebab itu petua ni menggabungkan kunyit dan yogurt. Yogurt juga dapat juga melembapkan wajah dan mencerahkan kulit muka kita kan. Aaah bestnya!Awak nak pakai yogurt jenama apa pun tak kisah. 

Cumanya pengalaman Cikwa,yogurt Nestle pekat dan yogurt Dutch lady cair sikit. Sebabnya mula-mula adik Cikwa beli yogurt Nestle. Kali kedua kirim mak pula beli. Mak belikan yogurt Dutch lady pula. Cikwa prefer yogurt Nestle sebab pekat dan senang letak di muka sebab rasa macam padat je 
dan tak meleleh sangat.  Tapi yogurt Dutch lady ni bestnya bila Cikwa makan dengan bush. Sedap 
sebab cair je.Yelah yogurt ni besar tau. Sayang kalau tak makan sekali. Harga pun boleh tahan. Jadi, sambil menyelam kita minum air la kan ye dak??

Jadi, kenapa bakal-bakal pengantin, TAHNIAH!!!

Cikwa juga nak cakap Good Luck kepada sesiapa yang dalam usaha untuk hilangkan jerawat di muka korang. In shaa Allah berjaya. Cikwa faham apa korang rasa tapi yakin je okay.

Selamat Mencuba!

adiosamigos!

Khamis, 7 April 2016

Tips/Cara tolak cinta lelaki (terus-terang dan berlapik)

Assalamualaikum semua!

Jangan risau. Cikwa tahu korang ni tengah risau kan fikir? Macam mana nak cakap dekat dia ni aku tak suka dia. Aku cakap kang kecil hati. Tak cakap kang, macam bagi harapan pulak. Berdasarkan pembacaan Cikwa dan pengalaman Cikwa kan. Ikuti beberapa tips yang Cikwa sediakan untuk korang. Pertama, ikut highway = terus-terang. Kedua, ikut jalan lama = secara berlapik.

*Hanya pendapat peribadi penulis sahaja*

Terus-terang:

1. "Saya tak suka awak" / "aku tak suka kau"

Cara ni paling cool lah. Siapa hati kental, boleh cakap macam ni terus. Senang habis cerita daripada dia berharap. Nanti kita juga yang rimas kan. Hantar sms, whatsapp atau pm di Facebook. Kalau hengkau nak tulis surat pun boleh. HAHAHA!

2.  Dah berpunya

Engkau cakap aje le engkau dah berpunya. Dah ada boyfriend atau dah tunang. Tak payah cover-cover dah. Jangan simpati. Nanti dia lagilah berharap. Engkau rasa kejam?? Engkau bagi dia harapan lagi lah kejam tau.

3. Belum bersedia

Ini betul. Memang ada perempuan/ wanita yang belum bersedia nak berumah tangga. Maklumlah, banyak tanggungjawab dik, abang, acik, uncle oi. Kena masak, jaga makan minum suami. Lagi satu, tak bersedia sebab sibuk bekerja. Hal lain, tak lain tak bukan awak fobia kan? Ala Cikwa tau lah. Cikwa pun pernah lah. Jadi, tak perlu pening-pening da. Direct aje bagitau ok.

Berlapik:

1. "Awak terlalu baik untuk saya"

Ala engkau rasa ni cliche kan? Alahai, ayat ni masih relevant lah di abad ke-21 ni tau! Standard orang pakai. Tapi kadang-kadang ada betulnya juga. Cuba kalau yang suka engkau tu baik lurus bendul sangat. Mesti engkau tak minat kan. Kita ni mostly nak yang gagah perkasa. HEHE CIKWA GURAU GURI JE. Tapi ni cara berlapik yang paling baik lah. Sebab ada orang susah nak terima kena reject. Lagi2 lelaki, diorang akan rasa LOSER. So, pandailah korang.

2. Masih menunggu seseorang

HAAA.. Ni kira perfect jugak. Bila awak- awak Si cantik cakap macam ni, sah-sah Si jejaka tahu yang korang suka orang lain. Walaupun tak semestinya betul tapi ok juga macam ni. Tak pedih sgt. Sebab kalau korang cakap "saya suka orang lain", lagi lah sakitnya tuh di sini Si jejaka tu!

3. Suka hidup sendiri

Cikwa tahu yang ni pun boleh masuk dalam kategori terus-terang tapi bagi yang tak tahu nak guna ayat apa untuk tolak cinta lelaki, korang boleh guna cara ini. Sebenarnya hidup sendiri memang lebih seronok. Takde rasa curiga, sakit hati atau terlebih perhatian kan? So, lepas korang bagitau yang ini, harapnya Si jejaka hormat pendirian korang ye.


Harap sedikit sebanyak dapat membantu gadis-gadis ye :)

Semoga korang bertemu cinta sejati okay :)

adiosamigos!

Rabu, 6 April 2016